Majlis Anugerah Cemerlang 2007 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet, Ipoh

Salam sejahtera. Good morning. Chow an

Beta sukacita dapat berangkat ke Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet, Ipoh.

2. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet mewarisi falsafah pendidikan yang terkandung dalam piagam Marist Brothers. Kisah pengalaman pahit Marcellin Champagnat dihari pertama persekolahannya telah mendorong Father Marcellin mengasaskan ‘Institut Marist Brothers’ pada 2 Januari 1817, berlandaskan konsep mendidik kanak-kanak melalui rasa kasih dan sayang. Turut terkandung dalam piagam ‘Marist Brothers’ adalah program untuk mendidik kanak-kanak dan golongan remaja terutama dikalangan mereka yang paling miskin supaya berpeluang menjadi warga yang berguna.

3. Institut Marist Brothers yang diasaskan di Perancis pada tahun 1817 berkembang ke serata dunia. Pada tahun 1950 Institut tersebut telah mengambil alih pengurusan Sekolah Rendah Sam Tet dan mula membina Sekolah Menengah Sam Tet dalam tahun 1951. Dalam tempoh 57 tahun yang lalu, Sekolah Sam Tet telah memenuhi satu tanggung jawab sosial yang amat penting kepada warga Malaysia iaitu;- membangunkan modal insan negara melalui program pendidikan yang tersusun, teratur dan berdisplin.

4. Today is a celebration marking the achievement of hard work, the nurturing of parents, the dedication of teachers and the discipline of being a student. Today also marks the celebration of a rich heritage on which the foundation of this school was built upon- the vision and dedication of the Marist Brothers who realized the utmost importance of education and the power of knowledge. You are part of this rich history, this great inheritance, this vision.

5. Education is part of our lives from the day we are born till the end of our lives. School plays an important role in a person’s education. The act of putting on the school uniform, attending school, adhering to the timetable, doing homework, preparing for exams, participating in sports and extra curricular activities instil discipline. It inculcates the value of goals and the importance of striving for excellence from a very early age.

6. However, it must also be remembered that schools were formed to facilitate education. It is therefore crucial for schools to provide balance. While imposing rules and instilling discipline, schools should also promote and not hinder the learning process, nor stifle enthusiasm. The purpose of school is not just to churn out students with good memorizing skills ready to regurgitate information without fully understanding and appreciating knowledge. Rather school is a preparatory platform to nurture and prepare young minds to apply themselves to life, community, nation and the world.

7. School is not only about collecting paper qualifications, it is about interaction. It is about discovering the world, it is about empowering the mind to explore wider horizons. It is about learning social skills, interacting with people of different races, religious beliefs and backgrounds. It is about learning to manage your time, respecting one another, realizing your true potential and building upon your dreams- lessons that cannot be found in textbooks or on blackboards. School is and must only be one part of your education. The purpose of education is to challenge you to be analytical and to constantly think critically. The goal – to produce a learning society, not just a learned one.

8. Education is a lifelong process. One should never stop learning, never stop reading, never stop acquiring knowledge. At whatever stage you are in life, student, teacher, parent, care-giver, I urge you to never stop learning and to develop the ability of connecting what you learn with the realities of daily life.

9. Pemikiran anak-anak banyak dipengaruhi oleh ibu bapa dan guru-guru. Ibu bapa dan guru-guru perlu mencanai minda anak-anak untuk memiliki pemikiran yang harmonis dengan suasana masyarakat di mana mereka membesar. Anak- anak harus di dewasakan dengan minda yang memahami bahawa negaranya mengandungi warga berlatar belakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa. Bahawa 50 tahun yang lalu, warga yang pelbagai itu telah bermuafakat dan bersepakat menjalin hubungan baik antara satu sama lain, sama-sama berjuang untuk mencapai kemerdekaan, sama-sama menjadi warga Malaysia, sama-sama berjuang menghapuskan ancaman komunis, sama-sama mendukung falsafah politik negara demokrasi, sama-sama berusaha memajukan kemakmuran ekonomi negara. Anak-anak perlu difahamkan pentingnya warga yang pelbagai latar belakang itu dapat hidup secara harmoni dan keharmonian ini adalah kunci kepada kestabilan dan keamanan negara.

10. Malaysia mencapai taraf negara merdeka dan diiktiraf sebagai negara berdaulat adalah hasil perjuangan bersama rakyat yang pelbagai agama, pelbagai kaum, pelbagai budaya, pelbagai bahasa. Pengiktirafan peranan kolektif ini telah menjadi asas dan gagasan kekuatan dan kemajuan negara ini. Gagasan kerjasama ini harus dipertinggikan dan di perkukuhkan. Guru- guru dan ibu bapa bertanggungjawab menyemaikan semangat perpaduan di kalangan para pelajar yang bakal mewarisi masa hadapan negara. Para pelajar perlu dididik untuk menolak sebarang fahaman extrimis berasakan kaum atau sebarang pendirian fanatik atas nama agama. Suara kesederhanaan dan amalan saling menghormati antara agama dan antara kaum hendaklah menjadi asas pegangan bermasyarakat dan bernegara. Semangat yang terkandung dalam ‘Perlembagaan Merdeka’ wajib dihormati demi kesejahteraan warga dan kemakmuran negara.

11. Beta mengucap tahniah kepada para pelajar yang telah mencipta kejayaan cemerlang. Hargailah jasa para guru, kenangilah kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa. Jadilah warga yang berjasa kepada bangsanya dengan bersikap setia kepada Raja dan negara.

******************

%d bloggers like this: