Mesyuarat Majlis Kali Ke-Dua Persekutuan Hoki Malaysia (PHM)

Assalamualaikum

Salam Sejahtera

Beta bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dengan izin dari Nya juga, Mesyuarat Majlis kali kedua, Persekutuan Hoki Malaysia dapat dilangsungkan pada pagi ini. Beta menghargai kehadiran para ahli.

2. Sejak mengambil alih tanggung jawab sebagai Presiden Persekutuan Hoki Malaysia, Beta telah mengadakan beberapa perbincangan dengan pelbagai pihak untuk membolehkan Beta lebih memahami akan peranan dan tanggung jawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang Presiden. Banyak perkara yang disembah maklumkan kepada pengetahuan Beta, menyentuh pelbagai aspek dari sudut pengurusan, kewangan, pegawai, pertandingan, prasarana, pemain, latihan, badan-badan gabungan dan sebagainya.

3. Adalah diakui banyak perkara yang perlu diberikan perhatian. Dalam pada itu, Beta mengingatkan diri sendiri bahawa ada perkara yang mungkin boleh diselesaikan segera dan ada pula yang memerlukan masa lebih panjang, terutama yang melibatkan pihak-pihak lain, lebih-lebih lagi yang di luar bidang kuasa Persekutuan Hoki Malaysia.

4. Oleh itu adalah penting untuk ahli-ahli Majlis berupaya meletakkan prioriti dalam menentukan rangka kerja supaya rangka kerja yang digariskan berbentuk realistik dan pragmatik.

5. Dalam tempoh terdekat, Beta telah mengenal pasti untuk memberikan prioriti kepada perkara-perkara berikut:-

  1. Aspek pengurusan dengan memastikan bahawa perjalanan Persekutuan dan juga badan-badan gabungan adalah berlandaskan peraturan dan perlembagaan, telus dan terbuka.
  2. Aspek kewangan untuk menentukan bahawa program dan aktiviti tidak terhindar kerana tidak mempunyai dana dan tajaan yang cukup.
  3. Aspek manusia merangkumi ahli-ahli Jawatankuasa di pelbagai peringkat, pegawai, pengadil, jurulatih dan pemain untuk mencapai satu tahap dan mutu yang tinggi.
  4. Aspek pertandingan termasuk membantu usaha menyediakan pasukan kebangsaan yang dihormati di peringkat antarabangsa dengan tumpuan terdekat untuk Pasukan Remaja Dunia yang akan mengambil bahagian di Piala Remaja Dunia di Rotterdam dan persediaan skuad kebangsaan untuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun 2006.
  5. Aspek mengembangkan minat terhadap sukan hoki di negara ini baik di kalangan pemain mahupun penonton.

6. Dalam memenuhi keutamaan tersebut, Beta memerlukan tenaga dan sokongan yang tertumpu dari semua pihak. Fikiran, tenaga dan masa perlulah disatukan untuk usaha konstruktif dalam hasrat membina kegemilangan sukan hoki. Usaha membina kegemilangan bergantung kepada fokus dan disiplin, pengorbanan dan kesetiaan, baik dari segi pegawai, kakitangan, jurulatih, pengadil, pemain dan tidak ketinggalan juga para peminat hoki di tanah air. Jika keseluruhan komuniti hoki dan mereka yang mempunyai minat terhadap hoki, berfikiran positif dan konstruktif, ia akan memberi satu bentuk motivasi yang dapat membantu meningkatkan keyakinan dan kesungguhan terutama di kalangan para pegawai, juru latih dan pemain.

7. Whilst MHF’s central focus is hockey, we should not neglect the role of sports as a vital tool towards nation-building. Sports is a unifying tool in any society be it nationally, regionally or internationally. In a multi ethnic and multi religious society such as ours, sports unifies. It possesses a unique yet powerful ability that transcends race, color or creed. Sports inculcates important values of patriotism, nationalism and loyalty to ones’ country – values that are important to maintain the peace and harmony that we enjoy and so often take for granted. Sports gives citizens a sense of pride and sense of togetherness.

8. The very nature of sports teaches the young that no man is an island and that working together – team work is the key to achieving success. The discipline of training, the cooperation on the playing field and the goal of winning require teamwork and an understanding that there is no room for egocentric behaviour. Athletes are thought that winning and loosing is a team effort. To win graciously and lose gracefully are behaviour that can be inculcated through sport -behaviour that does not end on the field, but continues to be protrayed in our athlete’s daily lives. In that vein, MHF as a unifying body must not loose sight of the fundamental philosophy of sports as a nation-building tool. Also it is important to note that MHF is not just responsible for organising competitions, rather MHF strives to provide avenues for young talents to improve their skill and inspire them to be athletes of world class standard.

9. Adalah menjadi hasrat Beta supaya perbincangan dan perjalanan mesyuarat Persekutuan Hoki Malaysia dapat dilangsungkan dalam semangat terbuka dan berterus terang. Setiap pendapat dan pandangan adalah penting untuk disuarakan demi kebaikan dan kemajuan hoki. Bagi tahun 2005, Beta telah menetapkan untuk mengadakan Mesyuarat Majlis setiap tiga bulan sekali, pada tarikh-tarikh 15 Januari, 16 April, 16 Julai dan 15 Oktober, sementara Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan akan dijadualkan setiap bulan.

10. Semoga mesyuarat yang berlangsung pada hari ini akan dapat menghasilkan rumusan dan keputusan yang membayangkan semangat persepakatan kita yang padu untuk kemajuan hoki di negara ini.

Wabillahi Taufiq Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

*************

%d bloggers like this: