TITAH
DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN
SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE-170
TARIKH: 12 SYAABAN 1443 / 15 MAC 2022 (SELASA)
JAM: 11.00 PAGI
TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.
Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat ALLAH Subhanahu Wata’ala, Mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke-170 dapat dilangsungkan pagi ini.
2. Antara tempoh Dewan Negara Perak mengadakan mesyuarat kali ke-169 dan kali ke-170, beberapa Orang Besar, ahli Dewan Negara, dan ahli keluarga mereka telah kembali ke Rahmatullah. Mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke-170, dengan ini merakamkan ucap takziah kepada keluarga:
Yang Dihormati Toh Maharaja Indera
Dato’ Haji Khairuddin bin Arshad,
yang kembali ke Rahmatullah pada hari Selasa, 19 Mei 2020.
Yang Berbahagia Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota
Dato’ Seri Mohd Amin Shukeri bin Dato’ Ali Akbar,
yang kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis, 25 Februari 2021.
Yang Mulia Raja Dato’ Seri Mansur bin Raja Razman
yang kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu, 13 Mac 2021.
Yang Berbahagia Orang Kaya Kaya Setia Bijaya DiRaja
Dato’ Seri Haji Mohd Ghazali bin Haji Abd Rahman,
yang kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu, 26 Mei 2021.
Sahibul Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak
Yang Amat Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria,
yang kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad, 30 Mei 2021 dan
Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Seri Ainon binti Abdul Ghani
yang kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu, 23 Februari 2022.
Yang Dihormati Toh Paduka Setia
Dato’ Ir Dr Safry Kamal bin Haji Ahmad
atas kembalinya ke Rahmatullah isteri beliau
Yang Berbahagia Datin Zainab binti Mohammad Shuhaili pada hari Sabtu, 4 Disember 2021.
3. Sesungguhnya setiap yang bermula akan berakhir. Firman ALLAH Subhanahu Wata’ala dalam ayat 35 Surah Al-Anbiyaa bermaksud:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”[1]
Dari Allah kita datang kepada ALLAH kita dikembalikan. Semoga ahli-ahli keluarga setiap seorang daripada Allahyarham, diberikan ketabahan menerima penentuan dan ujian ILAHI kehilangan anggota keluarga yang dikasihi, dan semoga mereka terus mendapat limpah rahmat dan ihsan ILAHI.
4. Beta merakamkan penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti setiap seorang daripada mereka yang telah memenuhi peranan semasa menyandang gelaran dan melaksanakan tugas semasa diamanahkan tanggungjawab. Semoga segala khidmat bakti setiap mereka diterima sebagai amal yang turut dilimpahkan rahmat ketika roh mereka sedang berada di alam barzakh, sementara menantikan hari kebangkitan.
5. Sama-sama kita bacakan surah Al-Fatihah memohon rahmat daripada ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA untuk disampaikan apa juga ganjaran daripada bacaan tersebut kepada roh setiap seorang Allahyarham; memohon kepada ILAHI semoga melimpahi roh mereka dengan segala belas dan ihsan, ditempatkan bersama roh para solihin. Al-Fatihah.
6. Dewan Negara yang bermesyuarat pada pagi ini merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Noordin atas khidmat bakti beliau dalam tempoh menjadi ahli Dewan Negara Perak sejak 17 April 2015 dan akan berakhir pada 16 Mac 2022. Dengan segala berat hati, beliau tidak ditawarkan untuk dilantik semula atas timbang rasa Beta berdasarkan keadaan kesihatan beliau.
7. Beta mengalu-alukan kehadiran buat pertama kalinya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad dalam mesyuarat Dewan Negara. Semoga melalui beliau, akan terjalin hubungan kerja yang baik dan persefahaman yang erat antara institusi raja dengan institusi rakyat.
8. Demikian juga Beta mengalu-alukan keahlian dan kehadiran buat pertama kalinya ke mesyuarat Dewan Negara, Yang Berbahagia Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota, Dato’ Haji Meor Redwan bin Mahayudin, Yang Berbahagia Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja, Dr. Hj. Ahmad Ruslan bin Mohd. Ridzuan dan Yang Berbahagia Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera, Ahmad Raziff bin Dato’ Seri Mohamad Zulkifli serta ahli Dewan Negara tidak rasmi, Yang Dihormati Toh Seri Wangsa, Haji Ahmad Suhaili bin Md Hashim.
9. Beta turut mengalu-alukan keahlian ahli Dewan Negara Perak (Yang Bukan Rasmi) yang baharu, Yang Amat Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Zulkifli bin Ahmad Makinuddin. Pengalaman beliau dalam perkhidmatan guaman dan kehakiman hingga menjawat jawatan Presiden Mahkamah Rayuan, insya-Allah akan menjadi aset penting kepada Dewan ini.
10. Berasaskan Islam terletak di bawah bidang kuasa dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang ditubuhkan dalam tahun 2018, telah memperakukan dan menyembahkan pandangan kepada Majlis Raja-Raja, adalah lebih sesuai dan bertepatan, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dipengerusikan oleh seorang Raja Pemerintah. Susulan daripada persefahaman dan persepakatan yang dicapai dengan Kerajaan, Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat ke-258 yang berlangsung pada 9 dan 10 Mac 2022, membuat ketetapan agar salah seorang Raja Pemerintah diperkenankan memenuhi peranan dan tanggungjawab Pengerusi MKI selama tempoh dua tahun secara bergilir-gilir. Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-258, memperkenankan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Pengerusi MKI untuk tempoh dua tahun.
11. Kali terakhir Dewan Negara mengadakan mesyuarat ialah pada 18 Rejab 1441 bersamaan 13 Mac 2020. Dunia kemudiannya dilanda pandemik wabak Virus Covid-19 yang mencetuskan suasana kecemasan. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah preventif dengan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Untuk meminimumkan risiko jangkitan dalam kalangan ahli-ahli Dewan Negara, Beta telah mengambil pendirian tidak mengadakan sebarang mesyuarat, melainkan berlaku sesuatu perkara yang sangat memerlukan.
12. Alhamdulillah mulai 1 April 2022, kerajaan telah mengumumkan negara akan melangkah fasa peralihan ke endemik. Kelonggaran diberikan membolehkan manusia bergerak dan lebih bebas melakukan aktiviti. Semoga rakyat akan dapat menjalani gaya hidup yang normal, kegiatan ekonomi berupaya dirancakkan dan kemakmuran negara kembali pulih, di samping rakyat dapat menikmati suasana hidup riang lagi sejahtera.
13. Kelonggaran pergerakan yang diberikan tidak bermakna ancaman wabak sudah pun berakhir. Langkah-langkah preventif yang dinasihatkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan hendaklah senantiasa dipatuhi. Rakyat wajib dinasihatkan sama-sama membantu usaha-usaha negara untuk meminimumkan jangkitan dan melindungi negara daripada menghadapi gelombang baharu.
14. Bulan Ramadan bakal menjelang. Bulan Ramadan ialah bulan umat Islam meningkatkan amal ibadah secara berkumpulan melalui pelbagai kegiatan. Memandangkan Agama Islam dan institusi yang mengendalikan Agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Raja Pemerintah, Orang-orang Besar Negeri terutama Orang Besar Jajahan perlu berperanan aktif membantu memantau aktiviti-aktiviti yang berlangsung di masjid dan memberikan nasihat bimbingan yang sewajarnya untuk meminimumkan risiko jangkitan.
15. Beta akan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak-pihak berkaitan sebelum menetapkan garis panduan dan nasihat kepada Institusi Agama Islam, masjid dan surau. Sudah dua tahun, umat Islam tidak berpeluang merayakan Aidilfitri bersama anggota keluarga dan sanak saudara. Menjadi hasrat dan harapan Beta, pada tahun ini, keriangan menyambut Aidilfitri dalam suasana meriah lagi ceria dapat dikembalikan. Untuk itu, rakyat, terutamanya umat Islam perlu berhati-hati. Jangan nanti, aktiviti-aktiviti dalam bulan Ramadan yang mengalpakan amalan kesihatan dan mengenepikan langkah-langkah preventif menjadi penyebab untuk tidak membolehkan Aidilfitri dapat disambut dalam suasana riang dan ceria.
16. Semoga Mesyuarat Dewan Negara kali ke-170 mendapat petunjuk dan hidayah Ilahi mencapai penemuan dan merumuskan keputusan yang bermanfaat. Semoga ALLAH Subhanahu Wata’ala akan melimpahkan kita dengan rahmat dan pelindungan serta petunjuk dan hidayah menemui jalan yang mendapat keredaan Nya juga. Amin Ya Rabbulalamin.
- Al-Quran, Al-Anbiyaa (21:35) ↑

-
Al-Quran, Al-Anbiyaa (21:35) ↑