Selamat pagi. Good morning. Chow an.
Beta sukacita dapat berangkat di Majlis Hari Anugerah Cemerlang, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ave Maria Convent Ipoh kali kelima puluh. Ave Maria Convent telah berusia hampir tujuh puluh tahun. Majlis Anugerah Cemerlang seperti ini telah diadakan sebanyak lima puluh kali; secara kebetulan dalam suasana negara Malaysia, juga akan menyambut ulang tahun kemerdekaan kali kelima puluh.
- Tujuh puluh tahun adalah tempoh yang singkat dalam sejarah evolusi pendidikan moden. Namun demikian, Convent Ave Maria berperanan penting merintis usaha di bidang pendidikan terutama dari aspek menyediakan peluang pendidikan kepada wanita di negara ini. Convent Ave Maria telah mencipta nama, Convent Ave Maria telah merintis usaha mengembangkan ilmu, Convent Ave Maria mengambil tanggung jawab menyebarkan pengetahuan, Convent Ave Maria turut bertindak aktif membantu proses pembangunan negara terutama sekali dalam usaha membangunkan modal insan.
- Since its inception, under the able leadership of its founder and the many past and present principals, Ave Maria Convent has established itself, as a centre of educational excellence. Students of Ave Maria Convent have inherited the legacy of a mission school and the integrity of Chinese vernacular education.
- Convent schools in Malaysia derive strength from a rich heritage and a common vision to nurture well-rounded individuals. Something must be said of any institution that can endure and grow stronger with the ups and downs of history – a tumultuous background of foreign influence, social upheaval, independence and the many changes that came with development. Though most of the positive aspects and distinguishing features of Convent schools are retained, these schools have been well integrated into the mainstream education system.
- The pioneer sisters who established Convent schools in Malaysia understood the miracles of growth which education could bring when all facets of a child’s development were attended to. This includes moral and spiritual development as well as the development of leadership qualities. Ave Maria Convent has maintained this holistic focus. Its tradition of providing all-round education has nurtured generations of young ladies who have achieved academic excellence; who have performed well in sports, the arts and other co-curricular activities. Apart from producing excellent academic achievement, as evidenced by records of examination results, Ave Maria Convent has established niches in co-curricular activities such as table tennis, cheerleading, band performance and Chinese orchestra, to name a few. Efforts to cultivate pupils’ talents in these niches have seen the school winning many awards and championships. Ave Maria Convent should continue its journey of academic distinction while nurturing niche talents to attain the highest peaks of excellence. In so doing it is my hope that Ave Maria Convent will continue to groom and nurture generations of well-rounded and capable young women who will contribute to our progress as a nation.
- The world, in all its dimensions, is continuously evolving. The future is fluid with old certainties crumbling and new uncertainties emerging. The world is at a tipping point of a new wave of wealth creation. There is a yearning for better, more fulfilling lives. New supply chains are being created and new middle classes are emerging, demanding new and more sophisticated services. All these indicate immense opportunity for young people. Although the trajectory generally points upward, we also know from history that the expansion of economic wellbeing has rarely taken place without difficulties, even turbulence. We can expect bumps along the way. Most evidently, despite globalisation breeding connectivity, people seem to be fragmenting into increasingly separate little enclaves. Violent and tragic incidents that have taken place all across the globe in recent years are the manifestations of this sense of alienation.
- Malaysia dalam meraut usia lima puluh tahun merdeka menghadapi detik penting lagi kritikal. Dalam tempoh lima puluh tahun, negara telah menyaksikan ceritera kejayaan. Lima tahun dari sekarang boleh menjanjikan kejayaan yang lebih gemilang kepada warga dan negara. Sama ada ceritera lebih gemilang dapat tercipta, amat bergantung pada kebijaksanaan dan komitmen generasi muda yang kini sedang berada di alam sekolah. Kebijaksanaan dan komitmen generasi muda pula dipengaruhi oleh nilai -nilai yang disemai oleh ibu bapa dan corak didikan yang diasuh di sekolah.
- Dua perkara perlu diberikan perhatian jika ceritera lebih gemilang mahu dicipta. Pertama; pentingnya dibangunkan pemikiran ‘inquisitive’ di kalangan pelajar; pemikiran yang senantiasa ghairah untuk bertanya. Pembaharuan akan hanya dapat berlaku jika budaya bertanya dapat dipupuk, jika budaya melahirkan pemikiran baru dapat disuburkan, jika budaya imaginatif yang di luar pemikiran konvensional dapat digalakkan, dan jika budaya memperkenalkan pendekatan baru dapat diterima. Untuk membolehkan masyarakat dan negara melonjak maju, progresif lagi produktif, warga Malaysia perlu memiliki keaslian pemikiran, memiliki perspektif yang jelas, memiliki pemikiran terbuka lagi ‘inquisitive’, dan memiliki daya analisis secara objektif. Negara tidak sekadar memerlukan pelajar yang dapat memberi jawapan yang tepat dalam kertas peperiksaan; tetapi negara lebih memerlukan warga yang dapat bertindak bijak ketika berhadapan realiti situasi yang lebih mencabar, yang jawapannya tidak terkandung di dalam buku dan kurikulum peperiksaan. Sedarilah, keupayaan mengharungi lautan kehidupan yang mengandungi pelbagai peluang dan gelombang cabaran adalah lebih penting dari rekod yang dicipta ketika bersaing di kolam renang sekolah.
- Kedua; keutuhan negara Malaysia hingga sampai ke usia dapat merayakan ulang tahun kemerdekaan kali kelima puluh, bertapak atas asas kestabilan politik. Kestabilan politik dalam negara yang warganya terdiri dari pelbagai kaum amat dipengaruhi oleh tingkat persefahaman dan kerjasama yang terjalin di antara kaum. Amatlah penting untuk anak-anak sekolah, dibimbing bukan sekadar untuk mengenali, malah berpeluang berinteraksi secara aktif di kalangan warga pelbagai kaum yang berlatar belakangkan pelbagai agama dan pelbagai budaya. Persefahaman antara kaum yang berjaya dipupuk akan berpengaruh besar untuk membina masa hadapan Malaysia yang lebih bersatu dan lebih gemilang. Tuntutan ini tentunya lebih mencabar bagi ibu-bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar di Ave Maria Convent yang komposisi warga sekolahnya dari kalangan warga yang bukan berketurunan Cina adalah kecil. Untuk itu warga sekolah seperti ini, perlu bersifat proaktif, menerokai ruang yang membolehkan berlangsungnya interaksi yang lebih bermakna di kalangan pelajar dari pelbagai kaum dan pelbagai budaya, supaya mereka lebih dapat memahami dan bekerjasama di antara satu sama lain.
- Adalah menjadi tanggung jawab setiap warga dan institusi di bawah payung naungan negara ini, untuk mengamalkan sikap terbuka, mengelak sebarang prasangka, menolak suara ekstremisme sama ada atas nama kaum atau agama. Malaysia subur kerana kepelbagaian; pelbagai kaum, budaya, bahasa dan agama, dapat dicantum dalam harmoni; itulah identiti negara bangsa Malaysia; negara yang menjangkau usia 50 tahun sebagai negara berdaulat dan merdeka. Identiti negara bangsa ini perlu dipertahankan bersama.
- Beta mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang mencipta kejayaan cemerlang. Beta nasihatkan kepada setiap pelajar untuk senantiasa menghargai jasa guru dan bersikap hormat kepada mereka, dan senantiasa mengenang jasa bakti dan pengorbanan ibu bapa dengan memuliakan mereka; serta berazam untuk menjadi warga berguna kepada Raja dan negara.
*********************