Perasmian Bangunan Arkib Negara Malaysia Negeri Perak

“MENGHADAPI ERA MASYARAKAT BERMAKLUMAT” Arkib ialah tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah sesebuah negara,[1] berperanan sebagai pusat sumber rujukan.  Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629), mentakrifkan arkib bererti ‘rekod yang dipelihara bagi nilai kebangsaan atau sejarahnya yang kekal dan lama bertahan atau kedua-duanya’.[2]  Bahan-bahan yang disimpan di dalam arkib mempunyai ciri-ciri kesahihan (authenticity), … Read full speech

Multaqa Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia

‘KE ARAH MEMARTABATKAN INSTITUSI FATWA’ Maha Suci ALLAH jualah segala pujian.  Bagi Nya keagungan di langit dan di bumi.[1]  Dialah yang menurunkan as-Sakinah, ketenteraman ke dalam hati orang yang beriman, agar mereka bertambah imannya.  ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.[2]  Maka, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhan mu Yang Maha Besar.[3]  2.      ‘FATWA’ bermaksud penjelasan hukum-hakam bersumberkan al-Quran … Read full speech

Perutusan Aidiladha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR WALILLAH ILHAM. Aidiladha disambut dengan melaksanakan Takbir Muqayyad selepas Solat Subuh pada 9 Zulhijjah, takbir yang sunat dilakukan berterusan oleh orang yang tidak menunaikan rukun haji, setiap kali selepas solat sehingga waktu Asar pada 13 Zulhijjah, dan menyempurnakan solat sunat Aidiladha pada pagi 10 … Read full speech

Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Keempat Belas

Yang Dipertua Dewan Negeri Perasmian Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Keempat Belas, berlangsung dalam suasana di luar norma.  Perasmian Dewan kali ini, pertama kali berlangsung dalam bulan Ramadan.  Istiadat perasmian diringkaskan, dan tempoh mesyuarat dipendekkan, sekadar memenuhi keperluan asas perlembagaan dan perundangan; kehadiran petugas, begitu juga pemerhati turut dihadkan seminimum yang … Read full speech

Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke 169

Dengan penentuan dan izin ALLAH Subhanahu Wata’ala, mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke169 dapat dilangsungkan pada petang ini. 2.      Beta menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli Dewan Negara yang telah memenuhi peranan dan menyempurnakan tanggungjawab sebaik mungkin, membantu mendaulatkan institusi kesultanan di negeri Perak Darul Ridzuan.  Beta memberikan perkenan melantik semula ahli-ahli Dewan Negara Perak (Yang Bukan … Read full speech

Sambutan Hari Landskap Negara Peringkat Negeri Perak

‘Menangani Ancaman Perubahan Iklim Dan Pemanasan Global’ Salam Sejahtera. Dunia sedang berhadapan ancaman perubahan iklim dan pemanasan global.  Antartika mencecah suhu tertinggi 18.3 darjah Celsius, pada 7 Februari tahun ini.[1]  Perubahan iklim dan pemanasan global berlaku akibat daripada pembangunan fizikal yang dilaksanakan secara tidak seimbang, hingga ke peringkat yang tidak lagi dapat memelihara kelestarian alam … Read full speech

Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

‘MENJULANG KEMULIAAN UMAT: SEJARAH, WAWASAN DAN HARAPAN’ Maha Suci ALLAH jualah segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Tuhan sekalian alam.  Dan bagi Nya keagungan di langit dan di bumi.   Dialah yang menurunkan as-Sakīnah, ketenteraman ke dalam hati orang yang beriman, agar mereka bertambah iman … milik ALLAH tentera langit dan bumi, dan ALLAH … Read full speech

Pelancaran Buku: ‘Arshad Ayub – Menanam Pokok Tempat Berteduh’

‘Arshad Ayub – Menanam Pokok Tempat Berteduh’ terbitan Universiti Malaya, mengandungi kompilasi tiga belas esei, sumbangan lima belas orang penulis, daripada kalangan lulusan ITM, serta kalangan mereka yang pernah berpeluang mengenali Arshad Ayub secara peribadi.  Tercatat keseragaman persepsi – terukir keselarian apresiasi setiap penulis terhadap watak dan keperibadian seorang towering personality. 2.      Tan Sri Dato’ … Read full speech