Majlis Pelancaran Pameran Koleksi Gambar Setem Hari Pertama Dan Hikayat Misa Melayu

Bismillahi Rahmani Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam sejahtera.

Beta menghargai dan berterima kasih kepada Kerajaan Beta, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, BERNAMA dan Jabatan Penerangan atas inisiatif bersama menganjurkan Pameran Koleksi Gambar Sultan Perak sempena Pertabalan Sultan Perak XXXV.

2. Penghargaan dan terima kasih turut Beta zahirkan kepada Pos Malaysia atas inisiatif mengeluarkan Setem Hari Pertama mengambil sempena peristiwa yang sama.

3. HIKAYAT MISA MELAYU adalah satu karya agung – satu khazanah persuratan peninggalan Raja Muda Raja Chulan ibni Raja Hamid ibni Raja Mansur Shah ibni Almarhum Jalilullah, yang dihasilkan pada abad kelapan belas. Beta memilih untuk melancarkan penerbitan Hikayat ini bersempena istiadat pertabalan Sultan Perak XXXV, berasaskan inti pati Hikayat ini yang meriwayatkan keturunan, peraturan dan istiadat Raja-raja dan Kerajaan Perak; Hikayat Misa Melayu merupakan karya agung dalam sejarah kesultanan Perak. Beta menzahirkan penghargaan kepada Yayasan Karyawan dan RNS Publications yang secara bersama telah mengusahakan penerbitan ini untuk menghargai jasa besar Raja Chulan. Semoga penerbitan ini dapat dijadikan tatapan, khususnya di kalangan generasi masa kini sebagai bekal mencipta masa hadapan lebih gemilang.

4. Dengan kalimah Bismillahi Rahmani Rahim Beta dengan ini melancarkan Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan HIKAYAT MISA MELAYU.

%d bloggers like this: