Pelancaran Dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan

Salam sejahtera. Enakmen Wakaf (Perak) telah diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 23 November 2015 dan mula berkuat kuasa pada 15 Februari 2016. Enakmen Wakaf ini telah digubal merangkumi kesemua aspek pengurusan wakaf berlandaskan syariat dan turut merangkumkan ijtihad ulama’ berkaitan pentadbiran dan pembangunan harta wakaf. Dari segi syarak, wakaf bermaksud menahan sesuatu harta pada … Read full speech

Pelancaran Buku “Conversations with Tunku Abdul Rahman”

Bismillahi Rahmani Rahim Pelancaran penerbitan berjudul “Conversations With Tunku Abdul Rahman” pada pagi ini, menjadi lebih bererti apabila dilangsungkan di Memorial Tunku Abdul Rahman yang pernah menjadi residen kediaman rasmi Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika menjawat jawatan Perdana Menteri. Lantai, tiang, dinding dan bumbung Memorial ini telah menjadi saksi kepada pelbagai … Read full speech

Book Launch Of Shariah Minds In Islamic Finance

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Good morning, ladies and gentlemen. I am pleased to be here at the launch of the book, Shariah Minds in Islamic Finance, and its Malay translation, Minda Shariah Kewangan Islam, written by Datuk Dr Mohd Daud Bakar. A product of deep industry insight, analysis as well as critical contemplation, … Read full speech

Perasmian Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping

  Salam Sejahtera Globalisasi, di samping telah meningkatkan litar persaingan antara organisasi dan antara negara, turut menghamparkan pelbagai peluang dan ruang baru untuk diterokai. Melalui dasar dan usaha yang dirintis oleh Kerajaan, negara kita, telah berjaya mencapai ranking yang membanggakan dalam persaingan global, berada di kedudukan kelapan belas paling kompetitif dari kalangan 140 buah negara … Read full speech

Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke-165

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Sejak kebelakangan ini, perbuatan menganugerahkan gelaran Dato’ Seri dan Dato’ secara komersial dilaporkan semakin dilakukan. Dilaporkan bahawa majlis penganugerahan telah dianjurkan di dewan atau hotel tertentu. Beta telah disembah maklumkan akan aktiviti sedemikian oleh Kerajaan Negeri, Orang Besar Negeri, Pegawai dan kakitangan Pejabat Sultan dan Polis Diraja Malaysia. Beta … Read full speech

7th SC-OCIS Roundtable

Bismillahi Rahmani Rahim. In the name of Allah, the most Merciful and Benevolent. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. May peace be upon you. Ladies and Gentlemen It always gives me great pleasure to be able to address the delegates of the SC-OCIS Islamic Finance Roundtable. I believe this Roundtable series has made its mark as an important … Read full speech

Anugerah Bisnes Utusan

Salam Sejahtera. Kumpulan Utusan bermula dengan penubuhan Utusan Melayu Press Limited yang diperbadankan di Singapura pada tahun 1938. Akhbar sulungnya, UTUSAN MELAYU, diterbitkan dalam tulisan Jawi, telah dilancarkan pada 29 Mei 1939. Akhbar UTUSAN MELAYU, diterbitkan, tidak sekadar untuk memenuhi keperluan masyarakat Melayu yang ketika itu, majoritinya lebih celik tulisan JAWI, tetapi UTUSAN MELAYU telah … Read full speech

Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-37

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh “Katakanlah: Al-Quran itu diturunkan oleh (ALLAH) yang mengetahui rahsia di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”[1] Al-Quran, umul kitab, ibu kepada segala kitab. Al-Quran, kitab yang diturunkan daripada ALLAH Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana[2]. Al-Quran adalah khazanah agung lagi unggul, memancarkan nur … Read full speech

Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

‘RAJA: PAYUNG PELINDUNG AGAMA.’ Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh   “WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI, Maka dengan lafaz ini berikrarlah kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana Undang-undang dan Perlembagaan Negeri yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di … Read full speech

Pengisytiharan Daerah Muallim 2016

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera Negeri Perak Darul Ridzuan kini mempunyai daerah pentadbiran kesebelas yang telah Beta perkenan, dinamakan Daerah Muallim. Perkataan mualim berasal daripada perkataan Arab, perkataan yang berkaitan dengan ilmu dan ilmuwan, bermaksud orang yang ahli dalam agama. Nama tersebut amat bertepatan diabadikan kepada daerah ini berdasarkan latar belakang tertentu … Read full speech