Istiadat Konvokesyen Ke 15 Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

Salam Sejahtera.   Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional ataupun TVET di negara ini, digariskan untuk memenuhi tiga aspirasi utama:   Pertama:    melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.   Kedua:       menjadikan TVET sebagai laluan utama yang menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memacu ekonomi Malaysia ke arah mencapai tahap Negara Berpendapatan … Read full speech

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 1439H

Peristiwa Hijrah dari Mekah ke Madinah meriwayatkan kisah kejayaan.  Peristiwa tersebut, memulakan babak baharu dalam usaha Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam menyebarkan ajaran Islam.  Masyarakat Madinah yang sudah bersedia menerima kalimah tauhid, mengesakan ALLAH Subhanahu Wata’ala, telah membolehkan Baginda, melangkah ke tahap kedua mengembangkan ajaran Islam, untuk memperkenalkan prinsip-prinsip fardu kifayah, menyentuh aspek-aspek hubungan manusia sesama … Read full speech

Perasmian Bangunan Institut Latihan Statistik Malaysia Sungkai

Sejak diperkenalkan semasa peradaban Yunani, ilmu hitung berperanan sebagai instrumen utama membantu proses membuat keputusan.  Ilmu hitung telah diperkembangkan ke Babylon dan Mesir; nama, usia, jantina, pekerjaan dan jumlah anggota keluarga, didapati tercatat dalam rekod dua negara tersebut.[1]  Subjek menyentuh ilmu hitung dan peringatan ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA bahawa setiap perbuatan insan dicatatkan secara lengkap, terkandung … Read full speech

Persidangan Perubatan Ketenteraan Malaysia

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera.   Setiap negara perlu mewujudkan ketumbuhan tentera yang ampuh bagi mempertahankan sempadan fizikal dan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman dan pencerobohan.  Angkatan tentera yang berdisiplin dan siaga, mahir dan lengkap, serta berteknologi tinggi diperlukan bagi mendukung amanah untuk mempertahankan kedaulatan negara.   Tentera tidak dapat dipisahkan dengan … Read full speech

Pelancaran Buku: ‘Yahaya Ibrahim; Ikon Pendidikan Negara’

Federico Mayor Zaragoza, seorang sarjana, ahli sains, penyair, diplomat dan tokoh politik Sepanyol, yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah UNESCO antara tahun 1987 hingga tahun 1999 mengatakan:   “We cannot enter a learning society, an education age, without giving teachers the recognition they deserve”[1]   Langkah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerbitkan buku yang dihasilkan … Read full speech

Pelancaran Buku “Fulfilling A Legacy-Tun Razak Foundation”

Firman ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA dalam ayat 35 Surah Al-Anbiya bermaksud:   “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.  Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya).  Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”[1]   Pada 14 Januari 1976, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, menghembus nafas terakhir di London ketika berusia 53 tahun. … Read full speech

Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat

Beta bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah rahmat daripada Nya juga, Beta dapat memenuhi undangan bagi menzahirkan titah dalam ‘Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat’.  Konvensyen ini dianjurkan, pada ambang negara menyambut ulang tahun Jubli Intan kemerdekaan, bertujuan memperingati peristiwa bersejarah enam puluh tahun lalu.  Pada 5 Ogos 1957, sembilan Raja … Read full speech

Institute Of Diplomacy And Foreign Relations (IDFR), Kuala Lumpur

“Transformation for 21st Century Diplomats”   It is a pleasure for me to be here this morning to address such a distinguished audience at this eminent institution of learning and training. For over a quarter century now, the Institute of Diplomacy and Foreign Relations, or IDFR, has nurtured young officials not only from Malaysia but … Read full speech

Perutusan Aidilfitri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ALLAHU AKBAR!   ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR WALILLAH ILHAM.   Ramadan telah memberikan seluas kesempatan kepada kita untuk mendampingkan diri dengan ILAHI, membolehkan manusia kembali kepada fitrahnya yang asal, dalam keadaan suci dan tulus setelah dibersihkan dengan amalan berpuasa, dilengkapkan pula dengan melakukan pelbagai ibadah.  Semoga  pelbagai  ibadah yang telah dilakukan … Read full speech

Majlis Santapan Tengahari Meraikan Warga Pendidik Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2017

Beta bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dengan izin Nya juga, Beta dan Raja Permaisuri berpeluang meraikan warga guru di Istana Iskandariah, sempena sambutan Hari Guru 2017.   Sambutan Hari Guru tahun ini, bertemakan ‘GURU PEMBINA NEGARA BANGSA’. Tema ini selaras dengan hasrat yang tersurat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.  Semangat patriotik dan penghayatan prinsip Rukun … Read full speech