Menzahirkan Pengumuman Pembubaran Dewan Negeri Perak Ketiga Belas

        Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir telah menghadap dan memohon perkenan Beta, membubarkan Dewan Negeri Perak Ketiga Belas.  Setelah menimbangkan permohonan tersebut, berpandukan, Perkara XXXVI (2), Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, Beta memberi perkenan, Dewan Negeri Perak Ketiga Belas dibubarkan berkuat … Read full speech

Mesyuarat Dewan Negara Perak ke 167

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh   Alhamdulillah Beta bersyukur ke hadrat ILAHI, kerana dengan izin daripada Nya juga, mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke 167 dapat dilangsungkan pada pagi ini.   Sesungguhnya segala yang bermula itu akan berakhir, setiap yang kuat tetap memiliki kelemahan, dan setiap yang hidup pasti akan mati. Firman ALLAH Subhanahu … Read full speech

Majlis Pelancaran Gerakan Kesedaran Hibah Peringkat Negeri Perak.

  Semasa bertitah di dalam Majlis Pengurniaan Watikah ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) pada 16 Rabiulakhir, bersamaan 4 Januari yang lalu, Beta telah menzahirkan kebimbangan apabila disembah maklum, bahawa majoriti nilai harta pusaka yang terbeku, dan belum diwariskan, ialah milik umat Islam.  Beta telah menitahkan agar MAIPK menggerakkan langkah aktif, membantu … Read full speech

Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

  Idea kepimpinan di dalam Islam bermula daripada peringkat yang sekecil-kecilnya; malah dalam pengembaraan yang melibatkan tiga orang, ditetapkan salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik berperanan ketua;[1] dan ketika dua orang menunaikan solat, seorang daripada mereka mengambil peranan imam.  Kepimpinan mengikut perspektif Islam adalah untuk mencapai Jannatul Firdaus, ia itu, melaksanakan tugas kepimpinan demi mendapat … Read full speech

Majlis Pengurniaan Watikah Yang Di Pertua dan Ahli-Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Hakim-Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak.

Beta menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK), serta ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak atas perkhidmatan yang telah diberikan di dalam memenuhi amanah dan tanggungjawab sepanjang tempoh keahlian mereka pada penggal yang lalu, dari tahun 2015 sehingga tahun 2018.  Beta mengalu-alukan ahli-ahli yang dilantik bagi penggal … Read full speech

Sambutan Maulidur Rasul 1439H Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam diutus oleh ALLAH Subhanahu Wata’ala untuk membawa rahmat kepada sekalian alam.  Seisi alam diwarnai kebahagiaan melalui kejayaan usaha dakwah yang disampaikan oleh Baginda, mengabsahkan wahyu yang terkandung di dalam ayat 107, Surah Al-Anbiya’ bermaksud:   “Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.”[1]   Rasulullah Sallallahu … Read full speech

Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kesepuluh

Dengan izin dan rahmat ILAHI, Istiadat Konvokesyen kali kesepuluh Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dapat berlangsung pada hari ini.  Sehingga istiadat Konvokesyen Kesembilan pada tahun 2016, seramai 2,252 graduan telah menerima diploma daripada institusi ini. Istiadat Konvokesyen kali kesepuluh, mencipta sejarah baru.  Buat pertama kalinya, USAS akan menganugerahkan graduan dengan ijazah, 41 ijazah Sarjana dan … Read full speech

Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia Dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Keenam Puluh Satu Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah

  Salam Sejahtera     Bahawa tiada Tuhan sebenarnya melainkan ALLAH, bahawa Nabi Muhammad itu utusan ALLAH;  Dia Tuhan Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai nama-nama paling baik; bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi.[1]   Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi ini, dan Dia meninggikan sebahagian kamu … Read full speech

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Chow An.   Beta bersyukur kerana dapat sekali lagi berangkat ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet.  Ketika berangkat ke Sekolah ini pada 14 April 2007, Beta berangkat secara berseorangan, atas nama Raja Muda, kerana pada masa itu Beta masih belum beristeri.  Pada hari ini Beta berangkat, ditemani Raja … Read full speech

Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Kelima Puluh Tujuh (Bahagian Pertama)

Salam Sejahtera.   Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya kali ke 57, sekali lagi memasyhurkan Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma binti Yaakob, sebagai Pro Canselor untuk tempoh 5 tahun. Beta amat menghargai kesediaan beliau untuk terus bersama, membantu Beta memenuhi satu tanggungjawab fardu kifayah.   Konvokesyen ke 57, akan mengurniakan ijazah kepada 4,868 graduan; 646 akan … Read full speech