Istiadat Perbarisan Jubli Emas Kor Kesihatan Diraja

Angkatan Tentera, ditubuhkan oleh setiap negara, bertujuan untuk mempertahankan negara daripada sebarang pencerobohan.  Sesungguhnya, ALLAH Subhanahu Wata’ala memberikan peringatan agar manusia menyediakan satu angkatan tentera yang kuat lagi lengkap, berkeadaan siaga menghadapi musuh seperti yang difirmankan dalam Surah Al-Anfaal ayat 60 bermaksud:   “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang … Read full speech

Perasmian Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2017

Idea mendedikasikan satu hari secara khusus untuk menghargai dan menghormati perkhidmatan anggota bomba telah dirintis oleh Lt. JJ Edmonson, berikutan tragedi kebakaran di Linton, Victoria yang terletak 150 kilometer di sebelah barat Melbourne, Australia.   Pada tarikh 2 Disember, tahun 1998, masyarakat di Linton, malah masyarakat di serata dunia dikejutkan dengan tragedi sedih. Pada tarikh … Read full speech

Majlis Konvokesyen Kedua Puluh Dua Peperiksaan Sijil Amalan Guaman

Lima ratus empat puluh lapan (548) orang calon, layak dianugerahkan Sijil Amalan Guaman untuk sesi Konvokesyen kali kedua puluh dua ini.   Sebahagian daripada saudara-saudari selepas ini, akan terus terlibat dalam profesion perundangan, samada sebagai pengamal undang-undang, baik di sektor awam mahupun di sektor swasta; ada di kalangan saudara-saudari yang cenderung mahu melakukan kajian, penyelidikan dan … Read full speech

Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Ketiga Belas

Yang Dipertua Dewan Negeri   Persekitaran pembangunan global pada tahun 2016 menyaksikan beberapa peristiwa menyimpang daripada norma biasa, dibawa oleh arus perubahan dasar dan sosiopolitik yang begitu ketara.[1]  Beberapa perubahan asas di tengah-tengah gelora politik dan sosial telah menjadikan persekitaran dunia tambah berisiko; diburukkan lagi dengan perkembangan luar jangkaan termasuk referendum EU oleh United Kingdom … Read full speech

Perasmian Loji Rawatan Air Kg. Senawar Kuala Kangsar

Firman ALLAH Subhanahu Wata’ala dalam ayat 68 dan 69 Surah Al-Waqiah  berbentuk pertanyaan bermaksud;   “Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan atau Kami yang menurunkan?”[1]   Jawapannya terkandung dalam pelbagai ayat di dalam Al-Quran, antaranya dalam ayat-ayat 48, 49 dan 50, Surah Al-Furqaan, bermaksud;   “Dialah yang meniupkan angin … Read full speech

Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

“Mengakar Kuat Umat Melayu, Menjulang Tinggi Islam”   Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kali ini, telah memilih tema “Mengakar Kuat Ummah Melayu, Menjunjung Tinggi Islam”; tema yang merangkaikan penganut dengan agamanya, bertujuan menziarahi salah silah akar bangsa yang perlu diperkukuhkan, dalam hasrat memenuhi amanah menjunjung seruan ILAHI.  Melayu adalah satu rumpun bangsa yang besar.  Melalui … Read full speech

Sambutan Maulidur Rasul 1438H Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan

Sambutan Maulidur Rasul, dianjurkan dalam semangat mahu memperingati seorang pemimpin ummah yang unggul lagi mulia. Keunggulan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, serta taraf kemuliaan yang dikurniakan kepada Baginda, adalah kerana sifat-sifat istimewa yang Baginda miliki hingga berjaya mempengaruhi pembinaan tamadun ummah yang agung. Dalam merayakan peringatan hari keputeraan Baginda, amatlah relevan bagi ummah mencari mutiara … Read full speech

Istiadat Konvokesyen Kesembilan

Alhamdulillah, pada 10 Jun 2016, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), telah dinaiktarafkan kepada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Atas nama Canselor, Beta menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang telah memberikan pengiktirafan dan persetujuan. 2. Internet, berperanan seumpama roh zaman. Alaf ketiga ini selayaknya disebut sebagai era Internet, kerana Internet tidak … Read full speech

Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa 2016 Anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM)

“MENYINGKAP PERJUANGAN BANGSA: UiTM, ANTARA HARAPAN DAN PENCAPAIAN” Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa, dianjurkan sempena sambutan enam puluh tahun penubuhan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM). UiTM, ialah sebuah institusi pendidikan negara yang ditubuhkan khusus, untuk membangunkan modal insan Melayu dan bumiputera di negara ini. UiTM telah melalui pelbagai tahap pembangunan bermula dengan pembentangan ‘Paper No.10/1951’, oleh Dato’ … Read full speech

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Keenam Puluh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Salam Sejahtera YA RAAFI’, YA ADZHIIM, YA MALIKUL MULK, YA ZUL-JALAALI WAL IKRAM, Maha Suci ALLAH, yang di tangan Nya segala kerajaan, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.[1] Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki.[2] Dialah ALLAH, tiada tuhan selain Dia, Raja Yang Maha Suci, … Read full speech