Sambutan Ulang Tahun ke-135 Muzium Perak.

‘MUZIUM MENYUSUR ASAL, MEMBINA BANGSA’     Salam sejahtera.   Muzium pada asalnya diwujudkan sebagai tempat untuk mengumpul koleksi-koleksi unik lagi berharga sebagai simbol kekayaan dan status sosial, di samping memperlihatkan pengaruh dan kuasa seseorang.  Antara golongan yang giat mengumpul koleksi-koleksi unik dan berharga, ialah keluarga diraja, ahli gereja, golongan bangsawan dan para pedagang. Muzium … Read full speech

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1440 Hijrah/2018 Masihi.

  “MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT”     Firman ALLAH Subhanahu Wata’ala dalam ayat pertama dan kedua Surah al-Jumuáh, bermaksud:   “Segala yang ada di langit dan di bumi sentiasa bertasbih kepada ALLAH Yang Maha Menguasai, Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  Dialah yang telah mengutus di kalangan orang yang Ummiyin, seorang Rasul … Read full speech

Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Keenam Puluh Dua Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah

  Salam Sejahtera     Maka bagi ALLAH jualah segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Tuhan sekalian alam. Dan bagi Nya keagungan di langit dan di bumi…;[1]  Dialah yang menurunkan As-Sakinah, ketenteraman ke dalam hati orang yang beriman, agar mereka bertambah iman …, milik ALLAH tentera langit dan bumi, dan ALLAH Maha Mengetahui … Read full speech

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1440 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan

“PERPADUAN UMMAH DAN PENYATUAN RAKYAT”   Peristiwa Hijrah membuka lembaran kepada kelahiran sebuah negara-kota Madinah; negara-kota yang penubuhan dan tadbir urusnya bertunjangkan satu piagam negara, Sahifah al-Madina atau Piagam Madinah.  Piagam Madinah ialah satu perlembagaan bertulis yang tidak ada duluan, meskipun pemimpin agung yang mengasaskannya, diriwayatkan tidak boleh membaca.[1]   Piagam Madinah berjaya menyatukan masyarakat … Read full speech

Perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Keempat Belas

      Yang Dipertua Dewan Negeri   Indeks demokrasi tahunan, kompilasi Economist Intelligent Unit, mendaftarkan, tahun 2017 sebagai tahun paling buruk bagi demokrasi dunia sejak berlakunya krisis kewangan 2010, berdasarkan negara yang amalan demokrasinya menurun adalah lebih tiga kali ganda berbanding negara yang amalan demokrasinya meningkat.[1]  Pada tahun 2006, Freedom House menetapkan 46 peratus … Read full speech

Malam Semarak Perjuangan Sempena Anugerah Tokoh Srikandi 2018 Anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

“PENGHIJRAHAN MINDA – PENGHIJRAHAN BUDAYA”   Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, lebih dikenali dengan rujukan ringkas GPMS, dicetuskan idea penubuhannya, semasa berlangsungnya Kongres Penuntut Melayu Malaya, pada 14 dan 15 Ogos 1948, oleh Aminuddin Baki, bersama Abdullah Majid dan Wan Sulaiman Pa’wanteh, pelajar-pelajar Raffles College, serta Abdul Wahab Mohamed Ariff, Siti Hasmah Mohd. Ali dan Mohd … Read full speech

Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Pelancaran Buku ‘Perak Sultanate : The Historic Royal Glory of Perak Tengah’

Salam Sejahtera       Kata pepatah, ‘Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’; sesungguhnya sesuatu kejayaan, tidak akan dicapai tanpa usaha.  Majlis pada pagi ini adalah majlis untuk meraikan satu kejayaan usaha. Bertempat di lantai tinggi MENARA PETRONAS yang ikonik, kisah gemilang daripada daerah Perak Tengah, sebuah daerah yang sekian lama dianggap terpinggir, diangkat … Read full speech

Titah Perutusan Aidilfitri Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

ALLAHU AKBAR!   ALLAHU AKBAR!   ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR WALILLAH ILHAM.   Alhamdulillah, umat Islam di negara ini, dapat menyempurnakan ibadah puasa dalam suasana aman dan damai; menikmati pelbagai juadah berbuka dan bersahur, bersama keluarga di rumah, atau bersama ahli-ahli kariah di surau dan di masjid.  Insaflah! akan nasib malang lebih enam puluh juta umat Islam, … Read full speech

Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istiadat Perlantikan Menteri Besar Perak

Salam Sejahtera   Maha suci ALLAH yang menguasai segala Kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.[1]  Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki.  Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.  Di tangan … Read full speech

Majlis Konvokesyen Kedua Puluh Tiga Peperiksaan Sijil Amalan Guaman

Salam Sejahtera   Keahlian sebagai seorang pengamal undang-undang berkembar dengan tanggungjawab yang besar lagi berat; tanggungjawab yang perlu dipenuhi secara berintegriti kepada sistem keadilan, kepada profesion undang-undang, kepada mahkamah, kepada peguam yang berperanan sebagai pendakwa atau peguam bela, kepada rakan peguam yang lain dan kepada klien. Amalan profesional yang asas yang perlu dimiliki oleh seorang … Read full speech