Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Kelima Puluh Lima (Bahagian Pertama)

  Salam Sejahtera Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya kali kelima puluh lima, berlangsung, ketika Universiti Malaya mencapai usia 111 tahun penubuhannya, berasaskan tarikh penubuhan, the King Edward VII Medical College of Medicine, di Singapura, pada 28 September 1905. Raffles College pula, ditubuhkan pada tahun 1928. Dua kolej tersebut, dicantumkan pada 8 Oktober 1949, untuk menjadi sebuah … Read full speech

Majlis Titah DiRaja Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka

‘BAHASA JIWA BANGSA’ Dengan penentuan ILAHI juga, Beta sekali lagi dapat berangkat memenuhi undangan, institusi yang berperanan penting, melindungi dan mempertahankan salah satu tunggak jati diri bangsa. Tahun ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mencapai usia enam puluh tahun penubuhannya. Bahasa Melayu mempunyai hubungan sejarah yang panjang dengan kesultanan Melayu. Dewan juga mempunyai hubungan sejarah … Read full speech

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1438H/2016M Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan

PENGHIJRAHAN RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM MENJADI PEMANGKIN KE ARAH MEMACU GENERASI MADANI Sama-sama kita lafazkan kalimah kesyukuran ke hadrat ILAHI kerana kita terus diberikan usia untuk dapat melangkah masuk ke tahun 1438 Hijrah, dilimpahkan pula rahmat, dengan dikurniakan kesihatan yang baik berserta rezeki. Ketika melangkah masuk gerbang 1438 hijriah, sewajarnya umat Islam mengambil ‘ibrah daripada … Read full speech

Majlis Pelancaran Logo Dan Pelan Strategik 2016-2021 Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak

Beta telah memberi perkenan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAJLIS) mempunyai logo tersendiri; Beta turut memberikan perkenan kepada Pelan Strategik MAJLIS untuk tempoh lima tahun akan datang. 2. Logo ini dilakar untuk memberi satu identiti kepada Majlis. Logo ini hanyalah satu lakaran di atas kertas; logo ini, sekadar satu simbol – satu … Read full speech

Istiadat Konvokesyen Kelapan Belas (Sesi Pertama) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera. Firman ALLAH Subhanahu Wata’ala di penghujung ayat sebelas Surah Al-Mujadilah bermaksud;“…., nescaya ALLAH akan mengangkat (darjat) orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan ALLAH Maha Teliti akan apa yang kamu kerjakan”. Istiadat konvokesyen universiti dilangsungkan, bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian para graduan, … Read full speech

Upacara Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam Ketiga Puluh Lima

Salam Sejahtera Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam, kali ketiga puluh lima, berlangsung pada tarikh 20 Ogos 2016. Pelbagai peristiwa ketenteraan yang signifikan, tercatat berlaku pada tarikh 20 Ogos. Pada 20 Ogos tahun 636, tentera Arab pimpinan Khalid ibni al-Walid berjaya menawan Syria dan Palestin daripada Empayar Byzantine dalam Peperangan Yarmuk, menandakan bermulanya gelombang … Read full speech

Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Perak Musim Haji 1437 Hijrah

  Firman ALLAH yang terkandung dalam ayat 96 dan 97 Surah Ali-Imran bermaksud: “Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; diantaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa … Read full speech

Perutusan Aidilfitri 1 Syawal 1437 (6 Julai 2016)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR WALILLAH ILHAM. Aidilfitri adalah hari kemenangan kepada Muslimin dan Muslimat, meraikan kejayaan melawan dan menundukkan hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan. Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam bersabda yang maksudnya: “Bersungguh-sungguhlah kamu semua pada Hari Raya Aidilfitri dengan bersedekah dan amalan-amalan yang baik, yang bagus daripada … Read full speech

Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke-166

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Menzahirkan titah takziah kepada balu dan keluarga: Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja, Dato’ Seri Yeop Junior bin Yeop Adlan, Orang Besar Lapan merangkap Orang Besar Jajahan Batang Padang yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 28 Rejab 1437 bersamaan 6 Mei 2016. Yang Dihormati Toh Paduka … Read full speech

Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak Tahun 2016

‘GURU; PEMBINA NEGARA BANGSA’ Salam Sejahtera Pada tengah hari Jumaat 13 Mei 2016, hampir semua khatib di mimbar masjid di seluruh negara, menyampaikan Khutbah Jumaat bertemakan ‘GURU; PEMBINA NEGARA BANGSA’. Para khatib mengingatkan bahawa profesion seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik, malah menjadi seorang guru perlu menggalas tugas dan cabaran yang … Read full speech